Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..
Penatnya, masyaAllah, yang aku fikirkan cuma nak tidur dan rehat sahaja. Semalam aku buat persediaan untuk penilaian drama workshop yang berlangsung pagi tadi. tak cukup tidur. Dan tadi aku x sangka keadaan akan jadi 'hectic' sebab budak-budak tu sangat aktif yang terlebih. hilang suara, hilang tenaga. Sampai bilik aku letak barang dan terus ke bilik air untuk mengambil wudhu. kena segera, waktu asar berbaki 10 minit je lagi. Usai solat, aku terlupa nak baca ma'thurat dan tanpa menanggalkan telekung aku terus duduk atas katil dan buka laptop..Aku rebahkan badan. Tiba-tiba aku terpandang nota di papan putih kecil di atas meja aku, ada tulisan :
'usrah with murobbi
2.2.12
thurs
4.45 pm
hw: revise state in islam book'
Allahuakbar! ada usrah online dengan murobbi rupanya petang ni. sebenarnya dalam hati aku mengeluh..'yaAllah, aku penat sangat yaAllah'..aku terfikir, boleh tak kalau aku x join usrah petang ni..tiba-tiba azan maghrib dari laptop aku berbunyi, aku terus solat maghrib dan baca ma'thurat'
lepas solat aku duduk semula di atas katil,'ermm xpela, usrah online je pun, join je, bukak je tapi lepas tu sambil dengar aku rehatlah'..
Astaghfirullah! aku teringat, homework untuk baca buku state in islam karangan dr yusuf al qaradhawi yang murobbi tugaskan 2 minggu lepas pun aku x baca lagi..alamak, aku cuak ni..nak cakap macam mana ni..biasanya usrah dikendalikan secara interaktif..murobbi lebih banyak bertanya soalan daripada memberikan kupasan..mana boleh main goreng je..aku pasrah..apa nak jadi pon jadilah, usrah secara online je pun, bukan orang nampak aku baca atau takpun (astaghfirullah, boleh fikir sampai macam ni sekali!)
Seperti biasa yang berlaku setiap 2 minggu, terdengar suara seorang sahabat muslimin mempengerusikan majlis. Majlis dibuka dengan ummul kitab. Akhi pengerusi memberikan sedikit tazkirah ringkas berkenaan sepotong hadis Rasulullah SAW. Waktu ni aku dah hampir terlelap. Rasa macam dah tak larat sangat nak buka mata..x apa, sambil tutup mata pun boleh dengar kan..
Tiba-tiba,
aku terdengar suara yang lebih matang daripada suara tadi,
majlis bertukar tangan,
itu suara murobbi, seperti biasa suaranya lembut dan tenang, katanya,
'Siapa yang tak selesaikan homework yang ana bagi, sila bagitau di ruangan chat'
Aku terus terduduk, Aku lihat ruangan chat, seorang demi seorang menaip 'tidak'. ada yang memberikan alsan, alasan yang pelbagai..aku bersedia untuk menaip, juga jawapannya 'tidak', tapi aku teragak-agak, perlukah aku bagitau juga..tindakan aku terhenti di situ bila murobbi menyambung, nadanya masih sama, tenang tetapi ada sedikit kelainan, kali ini kedengaran tegas, bukan marah tetapi tegas,
'jujurnya, ana kecewa melihat jawapan antum,
sila tanyakan semula pada diri antum di tahap manakah keseriusan antum untuk memperjuangkan islam.
Kalau bersungguh memperjuangkan agama Allah, maka seriuslah memikul amanah yang telah kita persetujui bersama seperti melakukan tugasan untuk usrah ini'
Allahuakbar! terasa panas muka, tertampar dengan kelemahan diri. sungguh aku hanya mengambil remeh hal yang sebenarnya tidak wajar di ambil mudah!
murobbi meneruskan kata-katanya,
'usrah bukan sekadar tempat untuk mendengar sahaja, bukan sekadar tempat untuk mendapat pengisian. Tetapi, bagi pejuang islam, usrah adalah tempat untuk kita melatih diri mencari dan menggalas tanggungjawab. Apabila kita turun ke medan di tanah air, jalan yang kita akan lalui biasanya tidak mudah, kita perlukan kekuatan. Dan realitinya kekuatan di tanah air kita temukan dalam usrah! InsyaAllah apa yang kita lakukan hari ini tidak hanya akan terhenti di sini, insyaAllah ia sentiasa berkesinambungan.'
'Antum berikan alasan sibuk, orang mukmin semuanya sibuk. ana minta maaf, dalam masa seminggu ini sahaja ana telah ditugaskan untuk pergi ke dua buah negara. Alhamdulillah, ana masih berkesempatan mencari ruang masa untuk membaca buku yang kita kupas ini. siapa masih ingat apa homework yang ana berikan selain daripada membaca buku ini?'
eh, ada homework lain lagi kah? kenapa aku tak tahu pun..Ya Allah, kenapa dengan aku ni, semua benda pun tak peka..Aku baca di ruangan chat, seorang sahabat taip, homeworknya,
'Lazimi qiyam at least 2 rakaat, dan hafaz qur'an'
murobbi menyambung semula,
'Benar,
ana menggesa antum untuk melakukan sekurang-kurangnya 2 rakaat qiyam setiap malam kerana melalui qiyam, kita bina kekuatan dengan Allah. di permulaan hinggalah pengakhiran, kita tidak mampu melakukan apa-apa tanpa kekuatan daripada Allah.
Pejuang Islam, hubungannya dengan Allah mestilah setaraf pejuang!'
'Kecoh orang siarkan informasi tentang kemampuan ahli-ahli parlimen mesir yang rata-rata nya menghafaz Alquran dan hadis, ana turut berbangga tetapi yang lebih ana runsingkan, bagaimana jika satu hari nanti kita yang memegang pemerintahan, adakah ahli-ahli kita juga menghafaz alquran dan hadis sepertimana ahli-ahli parlimen mesir sekarang? kalau ada pun, mungkin tak sampai 10 orang yang menghafaz 30 juzuk Alquran. Mungkin kerana ini, Allah belum kurniakan lagi kemenangan pada kita..Masih banyak yang kita perlu perbaiki. Tidak mustahil untuk satu hari nanti kita juga dapat menghafaz 30 juzuk Alquran, mulakan sedikit demi sedikit dari sekarang'
'Ana berharap, kita muhasabah semula, dan tanya pada diri adakah kita benar-benar ingin memperjuang agama Allah!'
 |
Selepas kejatuhan Hosni Mubarak, Parlimen Mesir memperlihatkan kehebatannya tersendiri. Fakta berikut menjadi petanda yang sangat menarik: 140 anggota Parlimen Mesir hafal al-Quran 100 anggota Parlimen 10,000 hadis 180 hafal lebih separuh al-Quran 170 anggota pemegang PhD dalam pelbagai bidang lebih dari 50 anggota Parlimen tiada kereta 350 anggota pernah dipenjara dalam tempoh berbeza (6 bulan ke 9 atau 10 tahun) |
Allahuakbar, kata-kata murobbi benar-benar menyedarkan aku, benar-benar memberi suntikan semangat! Astaghfirullah, astaghfirullah, aku tak boleh meremehkan amanah tanggungjawab yang di galas, bimbang menjadi fitnah buat yang lain atas kelemahan diri..
Seterusnya, kami menelaah bersama buku karangan Dr Yusof al qaradhawi ini,
sangat menarik!
'Ya Allah ya tuhan kami,
hidupkanlah kami seperti kehidupan para Ulama',
matikanlah kami seperti kematian para syuhada',
kumpulkanlah kami dalam kumpulan para aulia',
dan masukkanlah kami ke dalam syurga bersama para pejuang agama Mu,
amin, ya rabbal alamin...