Monday, February 13, 2012

Forum Cinta Rasulullah SAW..

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan Nama Mu ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah, lega rasanya bila selesai melaksanakan tanggungjawab. Hari ni tadi Allah izin untuk jadi salah seorang panel forum Bercinta dengan Rasulullah SAW yang dianjurkan oleh ICE CIRCLE MARJON sempena meraikan anugerah yang Allah kurniakan buat seLuruh umat manusia iaitu kehadiran Rasulullah SAW..Walaupun terdapat banyak percanggahan pendapat tentang tarikh kelahiran Rasulullah pada 12 Rabiul awal tetapi biarlah pada tanggal tersebut kita jadikan ia seistimewa kita menyambut tarikh lahir insan2 yg kita sayangi yang lain..tiada masalah untuk kita meraikan tanggal 12 rabiulawal ini dengan alunan selawat, ceramah dan ingat memperingati akan Rasulullah SAW..Tetapi yang menjadi masalahnya ialah jika kita hanya ingat pada Rasulullah dan berselawat pada Baginda HANYA pada tarikh ini sahaja..ini tidak patut berlaku dalam kehidupan orang muslim mukmin..moga2 kita terpilih untuk menjadi hamba-hamba Allah yang dapat bersama-sama dengan Baginda Rasulullah SAW di syurga kelak..InsyaAllah..

InsyaAllah di bawah ini, 3 rakaman sebahagian daripada forum Cinta Rasulullah SAW..








Dari rumah lagi hati dah berdegup kencang..ya, memang aku gementar..tajuk yang akan disampaikan agak berat, takut untuk memperkatakan tentang Rasulullah kerana kurangnya ilmu yang ada dalam diri ini..takut juga jika aku salah menyampaikan tentang sesuatu..aku minta perlindungan daripada Allah daripada memperkatakan sesuatu yang sia-sia..aku keluar dari rumah awal sedikit dan dalam pukul 4.15 aku dah sampai di marjon..aku terus ke rumah farah. tumpang berehat di bilik farah sementara menunggu majlis bermula. insyaAllah dijadualkan majlis akan bermula dalam pukul 5.30 pm, dimulakan dengan solat maghrib berjemaah..sementara menunggu, aku membuat ulangkaji..

'Pia, aku pergi dulu ye, nak kena set up tempat', Farah ajk ice cirlce, jadi ajk memang kena pergi awal untuk uruskan tempat..'ok farah,aku tumpang duduk dulu ye', aku minta izin farah untuk tumpang berehat..farah mengangguk dan terus keluar bilik..Aku dengan ada bunyi di bilik bawah..mesti adaq dan kakak hana ada kat bawah..xpelah kejap lagi boleh pergi sama-sama..aku tengok jam dah pukul 5.20 jadi aku bersiap-siap untuk ke dewan. aku turun tangga, 'eh kenapa gelap je rumah ni, semua orang dah pergi ke,'..aku cuba buka pintu rumah, masyaAllah, berkunci! aku ketuk pintu bilik ada, x ada jawapan dan aku cuba bukak tapi berkunci.. aku berlari ke atas, aku cuba cari kunci dalam bilik farah tapi x jumpa..Astaghfirullah, aku dah terkunci dalam rumah. Aku guna telefon rumah untuk call semua rumah kawan-kawan tapi x ada yang berjawab, mesti diorang dah pergi dewan. handset aku yang lama hilang jadi dalam handset yang husna bagi pinjam ni hanya ada nombor telefon husna je. Aku call Husna. Alhamdulillah Husna angkat dan aku minta dia tolong call kan farah dan adaq tapi kata Husna tak berjawab dan aku dengar ada deringan telefon dari dalam bilik Adaq, masyaAllah, adaq x bawa telefon pula. Aku cuba keluar ikut tingkap tapi x dapat, tingkap yang ni kecil..Allahuakbar, dah pukul 5.40 petang. aku dah lewat. Aku hanya mampu berdoa moga Allah tolong..

Aku duduk je dekat tingkap depan rumah berharap moga ada orang yang x pergi lagi, lalu depan rumah..hampir sepuluh minit aku tunggu, alhamdulillah, dari jauh aku nampak ada beberapa orang muslimat. aku ketuk tingkap kuat-kuat dan alhamdulillah mereka dengar dan datang..kak amal rupanya..aku minta kak amal tolong bagitau adaq atau farah yang aku terkunci dalam rumah..x lama lepas tu adaq pon datang sambil gelak, gelak yang sungguh-sungguh..Allahuakbar, aku dalam hati punyalah risau kalau terlambat..Adaq kata jangan risau, sekarang ni tengah tayangan video, belum start forum lagi..sampai di dewan, syahid dan kawan-kawan yang lain pun gelak jugak..haish tulah, nervous punya pasal sampai terkunci dalam rumah.. 
^_^

Dengan saudari moderator; cik Farah Wahidah Solehah (tuan punya bilik)




0 comments:

Post a Comment

Doakan cik Sofi diberikan kekuatan untuk jadi anak yang solehah ya =)